Tuesday, February 22, 2011

Rabbit Nipple Drinker

Air merupakan asas yang paling penting untuk seekor arnab. Adalah menjadi tanggungjawab kita sbg pengemar/hobi/penternak arnab untuk membekalkan air yang bersih sepanjang masa untuk arnab kita. Terdapat beberapa kaedah yg telah digunapakai dari dulu hingga sekarang dan ianya masih relevan utk memenuhi keperluan air arnab. Sistem air berputing merupakan kaedah yang lebih praktikal utk memenuhi permintaan tersebut. Apabila arnab semakin membiak bermakna permintaan air sehari semakin tinggi. Penggunaan kaedah tradisional (mangkuk, bottle feeder) menjadi semakin kritikal dan kos yg tinggi apabila melibatkan sangkar yang banyak. Sistem berputing mampu membekalkan sumber air yang bersih 24/7 kepada arnab dan melibatkan pengurusan yg lebih mudah dan cekap. Rabbit nipple drinker merupakan satu alternatif yg mudah dan cekap utk membantu dari segi pengurusan sumber air. Diperbuat dari stainless steel dan tahan gigitan arnab. Drinker ini juga berfungsi secara auto (watertank kena ada la.........) apabila disentuh oleh arnab. Ianya sgt sesuai utk pelbagai saiz arnab. Untuk memudah pemahaman kita, sistem mekanikal bagi drinker ini hanya menggunakan gelung getah (pic) yang dipasang pada rod (pic) dan diikat menggunakan spring (pic). Sistem inilah yg memastikan air dari tangki utama tidak menitik pada nipple......mudahkan..... Sistem berputing ini lebih menjurus kepada mereka yg paham pada selok belok DIY dan bagi mereka yg agak janggal dgn DIY, kenalah cari kawan2 yang sudi membantu.....dimana ada air disitu ada hidupan........caiyokkkkkk!!!!!

Sunday, February 6, 2011

New Zealand White Rabbit Nipple Drinker



Si Carik ku tgh minum air using rabbit nipple drinker...ala cute2nyer diaaaa!!!

Si Capik n Si Carik

Tgk...Si Capik dan Si Carik dok berebut keledek...gelojosssss!!!

At last saya suapkan Si Carik ni yang lain...hehe

Saturday, February 5, 2011

Homemade Mixing Medium

Apa yang anda perlukan ialah :-

1. Glycerin - 1 part
2. Purified Water - 3 part

Senang jer ...campur kedua2 bahan di dalam botol kecil. Pastu goncangkan sampai larut. Dinasihatkan untuk buat dalam kuantiti minima untuk seminggu penggunaan. Ada masa saya post-up picture dalam blog k...salam

Mommy Lady, Mommy Winkie, Mommy Abdah










Rabbit kami Lady beranak untuk kali ke-4. Kali ni dia beranak 7 ekor. Dah seminggu semua anak dia masih hidup. Bapak dia pun NZW jugak. 7 ekor tu masih belom taruk nama lagi. Banyak sgt susah nak pikir. :P Winkie yang beli masa umur dia 6 bulan pun dah beranak tadi pagi. 5 ekor anak dia. Winkie ni baka English Spot + Dutch Chincila. Bapak pada anak2 Winkie ni NZW. Ada sekor anak Winkie nie ada celak kat mata dia...yey!!! :)....Abdah pulak beranak 2 hari lepas Lady beranak...5 ekor jgk anak dia. Uchhh...sekali harung 3 ekor beranak...selalu sekor jer... Abdah ni baka anggora kampung. Bapak anak2 dia NZW...sume anak dia bertompok itam puteh... Bila senang kitorg upload gambar2nya yer...salam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...