Friday, April 3, 2015

Senarai Harga Terbaru.

Berikut adalah senarai harga terbaru.

1. Alfalfa hay pack 5kg    - RM50 (termasuk pos Malaysia, pengeposan SKYNET tambahan RM15)
2. Alfalfa hay pack 1kg    - RM30/2kg (termasuk pos Malaysia, pengeposan SKYNET tambahan RM10)
3. Timothy hay pack 5kg  -RM50 (termasuk pos Malaysia, pengeposan SKYNET tambahan RM15)
4. Timothy hay pack 1kg  -RM30/2kg (termasuk pos Malaysia, pengeposan SKYNET tambahan RM10)
5. Stainless Steel Nipple Drinker - RM4.50/set (rujuk label kiri)
6. Alat ganti Nipple drinker - RM1.00/set (rujuk label kiri)
7. Pakej Nipple drinker - RUJUK LABEL KIRI
8. Autofeeder besar - RM15.00/pc (kos pengeposan mengikut jumlah tempahan)
9. Rak Super untuk 6304, D304
 - 1 Tingkat        : RM 150
  - 1 Tingkat berserta BRC cage 2/3pintu : RM220
  - 2 Tingkat        : RM 270
  - 2 Tingkat berserta BRC cage 2/3 pintu : RM440

Segala pertanyaan dan tempahan boleh hubungi Sipout MOMs Agro (Saiful) 0177517801

Monday, February 2, 2015

Stainless Steel Nipple Drinker

Stok Nipple drinker baru sampai......sapa yang berminat boleh masuk order ye...

Untuk pelanggan yang pernah memiliki nipple drinker ni, jika ada kerosakan atau untuk meningkatkan jangka guna nipple tersebut, kami ada stok barang ganti, nak tukarkan pun mudah je..stok barang ganti buat masa sekarang mcm kat bawah ni.
1. Spring (bahagian dalam nipple)
2. O-ring getah besar
3. O-ring getah kecil.
 
3 barang ni dikira sebagai 1set, pelanggan boleh dapatkan dengan harga RM1.00/set.
 
 
Kepada pelanggan yang berminat untuk dapatkan stok ini atau untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi MOMs di 0177517801

Monday, January 26, 2015

Salam Penternakan...


Hari ni nak bagi pengumuman sket....dah hamper seminggu henpon rosak jem takleh hidup dah...naek benci dah guna BB ni..berapa kali repair dah ni...grrrrr


Ada beberapa pelanggan yang ada tempah barang2 berserta deposit, nak bagitau yang barang tu dah siap ye..cuma nk buat penghantaran serta pembayaran baki tu saya tak dpt lakukan sebab takde maklumat kontek, jadi harapnya kepada pelanggan2 yang ada tempeh barang bersera deposit tu, sila emailkan maklumat anda di saifulZ8850@gmail.com   buat masa ni guna email je la...


Informasi ni nak bagitau bukan apa, takut woooo pegang duet orang ni...nanti ada yang kate MOMs kelepet pulak....


Berbanyak2 terima kasih dari MOMs.... :)

Wednesday, December 3, 2014

Lamanyaaaaaaaa.......

Salam penternakan.......

Alhamdulillah....lamanye menyepi, akhirnya jumpa juga password n alamat email..itu pun lepas bape kali try n error macam-macam email n password..lepas ni boleh la update serba sedikit berkenaan blog ni.

By the way, juz nak bagitau pada rakan-rakan....MOMs masih lagi beroperasi cuma buat masa skrg hanya dari rumah je di RAUB..urusan di Temerloh hanya pada hujung minggu je ye, and kedai PERMATA PETSTOP sudah ditamatkan operasi atas kesulitan yang tak dapat dielakkan..Kalau nk hubungi MOMs masih lagi dengan no yang sama ye 0177517801

Sekian.... :)

Sunday, September 15, 2013

Produk terbaru dari MOMs Agro......

Haiiissshhh....lamanya tak update blog ni, dh bersawang jgk la kan..huhu..okes nk pendek kan cite, saya nk bagitau kepada rakan2 semua mengenai produk terbaru dari MOMs Agro...Rak dan Sangkar..yaayyyyy..semua ni custom made dari MOMs sendiri hasil dari penelitian dan pencarian rekabentuk2 yang bersesuaian.

1. Rack Super suitable for cage D304, 6304.
- Mengenai rak ini, material yang digunakan adalah aluminium keras 1.2mm, hasil dari pemantaun hamper 3bulan tiada sebarang kakisan aka karat serta sebarang kerosakan kebengkokkan pada struktur..kira lulus ar ni..hihihi..rak ni dipasang hanya menggunakan skru pada lokasi tertentu sahaja dan selebihnya MOMs dah lekatkan sendiri.Memang mudah untuk pemasangan bak akata orang ramai..pompuan pon bley pasang cenggini...Sistem kumbahan pula MOMs guna PVC pipe 6.5inci untuk takungan dan gelongsoran MOMs telah gunakan Zink dgn kebolehkerjaan yg lebih baik berbanding kepingan aluminium nipis. Untuk proses pembersihan hanya perlu tanggalkan palung PVC shj..mudah kan..yang lebih penting..ianya Nampak kemas dan boleh la letak kt depan rumah..ni asek duk blkg umah je haiwan kesayangan anda tu..ishh..isshh....HARGA ???? nanti periksa kat bawah ek..

 
Kaedah pemasangan rak boleh usha kat blog kawan ni Azura Rabbits   --- jangan salah faham tau tuan punya blog tu PENGEDAR SAH yang TUNGGAL... :)


2. Rack Premium attach with BRC anti-rust cage
- Mengenai rak premium ni, ambooooiii premium gitu..struktur pembinaan masih menggunakan produk yang sama. cuma untuk rak ni  penggunaa tray plastic masih digunakan cuma size yang agak besar dan lebih luas (bukan untuk sadap tinja byk2 tapi lebih kepada lebih bersih dan arnab tak tersedak busuk tinja tu..ciaaan dia). Kedalaman tray 3.25" mmg lebih tinggi isipadunye. Cage pula MOMs gunakan BRC 18G tahan karat dan sememangnye dah terbukti ketahanan karatnya. Size untuk cage mengikut ukuran tray iaitu 3ft x 2ft. Untuk rak ini, MOMs sediakan 6bilik dgn ukuran setiap bilik 18 x 24 x 18H . Memang selesa untuk haiwan kesayangan anda. Antara kelebihan penggunana rak ini ialah dapat mengekang aliran urin arnab dari melencong jauh ke luar tray. HARGA ??? cek kt bawah sket je lagi....


* note : model untuk rak premium menggunakn barang recycle dr balen2 projek MOMs sblm ni dimana terdapapt beberapa bhgn yg dilakukan penyambungan semula. Untuk barang jualan, TIADA bahagian sambungan semula yg boleh menggagalkan kekuatan struktur. (MODEL shj)


Okes, di sini MOMs nak senaraikan harga2 serta model pilihan yang rakan2 minati. Produk boleh tempah dahulu. Penghantaran samada menggunakan pos (SKYNET) atau penghantran melalui MOMs sendiri..leh borak2 key... :)

1. Rak Super untuk 6304, D304
 - 1 Tingkat        : RM 130
 - 1 Tingkat berserta BRC cage 2/3pintu : RM200
 - 2 Tingkat        : RM 250
 - 2 Tingkat berserta BRC cage 2/3 pintu : RM410

2. Rak PREMIUM
 - 1 Tingkat         : RM180 ( 1 atau 2 pintu )
 - 2 Tingkat         : RM370 ( 1 atau 2 pintu )
 - 3 Tingkat         : RM520 ( 1 atau 2 pintu )

Jika berminat boleh hubungi MOMs 0177517801 untuk pertanyaan atau tempahan..nak borak2 pon bley.
Untuk kawasan kawasan Selangor/KL atau untuk readystock boleh hubungi Azura Rabbit 0166778860

Wednesday, January 23, 2013

Penjagaan Arnab bunting

Salam penternakan untuk semua....

Hari ni nak sentuh sket berkenaan aranb yang bunting dan penjagaan untuk arnab yang sedang menyusu. Acapkali juga MOMs menerima masalah2 berkenaan ibu-ibu arnab yang gagal menjaga anak2 arnab. Dari pengalaman MOMs, ada beberapa cara dan kaedah yang sesuai bagi mengelakkan permasalahan itu. Adakalanya menyelesaikan punca adalah terbaik.

1. Apabila arnab selesai mengawan.
    Arnab yang sudah mengawan hanya memerlukan 30-35hari untuk melahirkan anak2, pada waktu ini selera arnab agak meningkat untuk menampung kandungan perutnya. Pada tempoh ini, pemberian ALFALFA hay yang banyak amatlah ditekankan. Perlu diingat, pada waktu ini bukan satu perut yg nk dijaga ianya melibatkan perut2 tambahan yang ada dalam perut ibu tersebut. Alfalfa juga boleh membekalkan protein dan vitamin untuk ibu serta tumbesaran janin arnab (ye ke panggilan dia janin). Nutrisi yuang cukup boleh mengurangkan masalah anak2 yang kurang sempurna,tidak sihat. Pada pengalaman MOMs, waktu ini bekalan mmg disediakan secukupnya untuk memberikan diet yg cukup untuk ibu yg bunting. (waktu ni dh tk kira dah show ke gebus ke comel ke yang penting ibu tu cukop makan)

2. 28-30hr bunting
    Pada tempoh 28hari bunting, seeloknye disediakan bekas untuk beranak (Nestbox,bakul) yang sesuai. Pastikan kandang ibu bebas dari gangguan anasir luar ataupon arnab jantan. Berikan sedikit privasi untuk ibu tersebut.

3. Selesai ibu bunting beranak
   Pada hari pertama, dgn keadaan alfalfa hay berada didalam cage arnab.perhatikan keadaan kelahiran.. Adakah ibu beranak cabut bulu/buat sarang atau beranak tanpa membuat sarang/cabut bulu. Ini penting untuk memastikan tahap ibu tersebut. Bagi kes buat sarang, biasanya ibu sudah bersedia dengan kelahiran dan bakal menyusu anak-anaknya tanpa sebarang masalah. (MOMs gunakan pellet WABBIT untuk gantian alfalfa pd situasi ini)
 Jika ibu beranak tanpa buat sarang. Seeloknye dibekalkan sedikit daun GINSENG JAWA untuk menaikkan hormon ibu tersebut. Kaedah susuan manual juga boleh dijalankan 2kali sehari. Penggunaan susu gantian arnab tidak digalakkan kecuali menggunakan susu kambing asli.

Hasil dari pemantauan MOMs, ibu yang dibekalkan nutrisi yang lengkap semasa bunting bakal melahirkan anak2 yang cukop sifat n sempurna serta ibu yang handal menjaga anak.. :)

Senarai Harga


Alfalfa hay dan Timothy Hay
1. Alfalfa hay/Timothy Hay 2kg (1kg x2) RM25 termasuk pos
2. Alfalfa hay/Timothy Hay 5kg (1kg x5) RM45 termasuk pos
3. Alfalfa hay/Timothy Hay 10kg (1kg x10) RM85 termasuk pos
4. Alfalfa hay/Timothy Hay 4.5kg x1 RM40 termasuk pos
5. Alfalfa hay/Timothy Hay 9kg (5kg x2) RM80 termasuk pos
*harga untuk Semenanjung Malaysia sahaja.

Walk-in  customer
1. Alfalfa hay RM10/kg
2. Timothy hay RM10/kg
*diskaun diberikan untuk belian atas 3kg. :)

Stainless Steel Nipple Drinker
RM4.50/pcs
(Nipple + T-joint + 2mini Spring)




Rabbit Autofeeder
RM15.00/pc
Bahan buatan Aluminium 0.4mm






Ubat kurap+cacing+kutu jenama PROMECTIN ORAL
penyelasaian bukan suntikan.
penggunaan 0.1ml
RM25.00/botol 30ml






Makanan arnab premium WABBIT
100% alfalfa.
RM75.00/guni 10kg






Sangkar untuk arnab 2bilik lengkap beserta 2autofeeder + 2nipple + 1tangki
size keseluruhan 3ft x 2ft x 1.5ft H
RM140.00
-Jualan secara asing
 Cage sahaja RM70.00
 Cage+2autofeeder+2nipple+1tangki  RM120.00
 Kaki sahaja (sesuai untuk 2biji cage 6304)  RM55.00
*sangkar dari dawai galvanised 18G (keras) dan Kayu pinewood kalis air (varnish tebal)


PetZoom Self Cleaning Grooming. (As Seen on TV)
set berserta trimmer.
Sangat efektif untuk membuang bulu2 yg berjelaga.
RM18/pc
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...