Monday, April 18, 2011

Alfalfa sebagai HAY...

HAY merupakan satu keadaan kering melibatkan tumbuhan rumput. Kebiasaannye rumput akan digelar hay apabia mencapai 80% kering atau 20% lembap. Rumput alfalfa juga tidak terkecuali dalam membentuk hay. Penanaman alfalfa merupakan satu jenis sumber pertanian yang pesat meningkat di negara-negara yang berjaya dalam penanaman rumput ini. Alfalfa ini dipasarkan samada di negera-negara pengeksport atau di negara-negara pengimport.

Rumput alfalfa ini akan dituai apabila sampai tahap matangnya samada dlm bentuk hay atau 'sprout'. Alfalfa yang siap dituai yang dibungkus dalam bentuk 'bale' digelar sebagai 'raw material' bahan mentah. 'Bale' tersebut biasanya dalam lingkungan berat 25-100kg berdasarkan permintaan pelanggan. Untuk tujuan eksport, 'bale' biasanya akan dikenakan tekanan 'compress' untuk memudahkan pengurusan kontena. Terdapat 3 jenis bales yang biasa dieksport oleh negara pengeluar.
1. Non-compress bale
2. Single compress bale
3. Double compress bale

Perlu diingat, urusan penghantaran rumput kering ini biasanya menggunakan pengangkutan laut yang lebih murah berbanding udara. Tempoh penghantaran ke negara pengimport mengambil masa 30-45hari. Negara pengimport akan menggunakan raw material ini untuk dijadikan pelbagai produk hiliran untuk dipasarkan di pasaran terbuka.

Negara pengeksport juga menggunakan rumput alfalfa ini sebagai bahan mentah untuk produk-produk hiliran mereka. Penghasilan secara kilang adalah lebih menjimatkan dan pengawalan mutu produk dapat dipantau sebaik mungkin. Pada kebiasaannya, produk hiliran dari negara-negara pengeksport adalah lebih bermutu pada zahirnya kerana bahan mentah yang digunakan adalah mencakupi 20% tahap kelembapan berbanding produk hiliran dari negara pengimport di mana tahap kelembapan bahan mentah boleh menurun sehingga 5% kelembapan. Oleh sedemikian, tidak hairan jika produk-produk hiliran dari negara pengeksport adalah lebih mahal dan lebih berkualiti.

Pemasaran alfalfa dalam bentuk 'sprout' akan dikupas pada masa akan datang....
sekian

Saturday, April 16, 2011

Asas dalam Perniagaan...

Bukanlah bertujuan memusnahkan perniagaan orang tapi bila dah jumpa artikel tu, ia menjadi tanggungjawab saya untuk menyampaikan... harap mengerti. Sekadar berkongsi ilmu sahaja...Terima Kasih


http://www.opensubscriber.com/message/ekonomi-syariah@yahoogroups.com/2263934.html
1. Jual-beli barang yang belum diterima. Tidak boleh seorang Muslim membeli
barang, kemudian menjualnya, sebelum ia menerimanya dari penjual.14 Ini
berdasarkan Hadis Rasul saw.:
Jika kamu membeli sesuatu, janganlah kamu menjualnya sebelum kamu
menerimanya terlebih dulu. (HR Ibn Hibban).


http://abuzubair.wordpress.com/2007/08/10/jual-beli-yang-dilarang-dalam-islam/
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wassalam telah melarang cara berjual beli seperti ini. Dalam suatu riwayat, ada seorang sahabt bernama Hakim bin Hazam radhiallahu anhu berkata kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wassalam:
“Wahai Rasulullah, seseorang datang kepadaku. Dia ingin membeli sesuatu dariku, sementara barang yang dicari tidak ada padaku. Kemudian aku pergi ke pasar dan membeli barang itu.” Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
“Jangan menjual sesuatu yang tidak ada padamu.” (HR. Tirmidzi)

Sekadar renungan untuk tatapan sahaja...niat saya hanyalah sekadar mensucikan darah daging kita..

Alfalfa Hay and Timothy Hay

Pihaks MOMs ingin memaklumkan bahawa semua jenis hay(rumput kering) yang dibekalkan oleh MOMs Agro telah dibungkus semula dengan berat bungkusan 500g. Pihak MOMs juga masih di dalam proses untuk mendapatkan label bungkusan sendiri. Untuk memudahkan penyimpanan stok, MOMs juga akan membuat penghantaran menggunakan kotak-kotak yang bersesuaian dengan MOQ 5kg. Harga tawaran bagi stok alfalfa & Timothy hay seperti berikut

Alfalfa & Timothy Hay

5kg = RM50*
10kg = RM95*
15kg = RM140*
20kg = RM180*
>20kg boleh berurusan dengan MOMs untuk dapatkan sebutharga.
*harga adalah termasuk kos penghantaran.

Sekian
MOMs Agro

Wednesday, April 6, 2011

Tawaran menarik....Rabbit Nipple Drinker pricedrop for those who interested. RM450.00* for 200set of drinker. Only available for single customer only, grab it before someone stole it.. *price include the shipping cost. *its new item. do contact MOMs Agro for detail clarification.

Wednesday, March 23, 2011

beCoMe MOMs Agro.....

Registration had been done on 22nd Mac 2011...MOMs Agro CT0006489-X had already been listed in SSM database..May this year and ahead bring a good fortune for MOMs and all of my frenz...MOMs shall operate in origin Raub,Pahang and are free to welcome everyone..May Allah blees us...

Thursday, March 17, 2011

Alfalfa Hay....

Bekalan Alfalfa Hay...

Stok yang saya guna datangnye dari Compressed Bale...saya repack semula mengikut keperluan harian saya,jadi yang lebih-lebih tu...leh ar lau nak beli dari saya,rege ok-ok je...


PhotobucketPhotobucket

ni la rupe dia...kamera DSLR lum beli lagi so pic pun biasa-biasa je la...
PhotobucketRM10/kg (pos rate according to malaysia standard)-COD at Raub, RM8/kg only

PhotobucketRM37/box, packaging size 5kg (pos rate according to malaysia standard)
Bagi mereka-mereka yang berminat, leh ar info saya...datang Raub, singgah2 la ek...

Tuesday, March 15, 2011

Semi Auto drinker - DIY

Hari ni ingat nk kongsi sikit setup auto drinker saya...ni DIY je so dgn skill tangan saya yang tak ok ni,hasilnye asal boleh je la ek....nak cite panjang-panjang pun susah so layan je la ek pic bwh ni...


Paip PVC 15mm, 4biji nipel ayam sebagai soket..

Yang ni plak bekas pakaian (biasa toyogo,tp ni yg tak biasa-togoyo kot),2 soket paip PVC 15mm sebagai inlet and outlet.


Tangki pun dh siap....saya guna 4 outlet untuk meningkatkan tahap prestasi agihan air (untuk mengekalkan tekanan graviti bagi setaip saluran tiub). Untuk inlet pula,saya sambungkan terus pada paip rumah, tapi saya tidak menggunakan pelampung,jadi saya hanya guna valve pipe pd smbungan paip rumah...buka bila nk topup air je (jangkaan 4hari sekali topup).
Pada mulanya, memang berminat untuk design tangki berserta pelampung tapi disebabkan saya nk amalkan pemberian air campuran EM4,so..tak jadi la pulak..nanti makin cair plak EM tu kt dlm tangki tu nanti....Lupa plak nk bagi tau, untuk penutup tangki,samada nk buang je penutup tu atau tebuk sket lubang dalam 3-4 bijik supaya wujud tekanan atmosfera....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...