Monday, February 20, 2012

Pembungkusan Alfalfa Hay n Timothy Hay

Stok Hay untuk ternakan atau haiwan peliharaan. Pembungkusan semula dalam size 300g,500g, 1kg dan.
Harga Tawaran.

Bungkusan Alfalfa Timothy
300g RM3.00/pack RM2.50/pack
500g RM5.00/pack RM4.50/pack
1000g RM9.50/pack RM8.50/pack

Harga yang ditawarkan termasok kos penghantaran menggunakan pos dgn minimum order 5kg.
Juga menerima tempahan untuk jumlah yang besar. Penghantaran tanpa pos untuk tempahan order 30kg ke atas mengikut kawasan.
Sebarang pertanyaan,boleh ajukan kepada MOMs Agro 0177517801 (saiful).
Photobucket

dari kiri , 1000g, 500g, 300g

Photobucket

Photobucket

Monday, February 13, 2012

Sangkar Arnab fully AUTO...

Hari ni MOMs nak kongsi kaedah penghasilan sangkar untuk renab, buat masa ni, ianya sangat efektif serta jimat. Dalam menceburi bidang ternakan renab ni,banyak ilmu2 yang Moms dapat dari rakan2 seperjuangan..mungkin apa yg Moms nk share ni pon,kot2 cilok dari tempat laen..lau mcm ade yg tercilok tu...moms mintak maaf la ek...:)

Photobucket
Sangkar renab 14 bilik. Moms gunakan Rabbit Nipple Drinker sebagai tempat minum arnab dan Autofeeder sebaga bekas makanan arnab. Mudah diselengara. Moms gunakan autofeeder untuk memudahkan proses nk bagi makan, tanpa membuka cage,feed dr luar je...Sistem autofeeder tu Moms guna sepenuhnya bila Moms kena Outstation atau berada diluar kawasan cage...kiranye,auto time moms takde kt umah je la..lau nk auto setiap hari,nmpk sgt Moms ni malas nk tgk renab...hihihihihi...

Photobucket
Gini la rupanye autofeeder tu selepas dipasang pada cage..feed dari luar,eat dari dalam..mudah kan...bukak cage time perlu je..lau Moms rase cam nk usap2 the bulus,moms bukak la pintu cage..lau tak,moms biarkan je the bulus tu maen lompat2 lam cage...
Photobucket
Okes...ni Moms nk cite psl pengurusan tinja renab plak..tinja renab ni seeloknye jgnlah kita buang kat longkang2 minucipal/majlis..nanti bising plak kejiranan.maklum la..lau tinja dh bercampur ngn air..baunya harrrruuuuuummm sgt...jd,moms olah satu tangkungan tinja guna jaring nyamuk..tinja akan ditampung oleh jaring,manakala urine plak akan jatuh ke tanah meresap..cara ni dr pemantaun Moms,dpt mengurangkan bau di reban. Dari pengalaman Moms jgk,penggunaan lantai TANAH lebih efektif dr lantai SIMEN...lupa plak...takungan ni berkonsep sementara je,tinja2 yg terperakap tu akan di kumpul menggunakan tong2 yg diletakkan kt bawah jaring nyamuk (yang ade lubang tu..hehehhe)....kumpul,letak dalam guni..pastu...lau nk buang,buang kt kawasan yg bersemak...ramai makhluk tuhan kt dalam semak tu yg boleh uraikan tinja secara semulajadi....

Photobucket
Ni plak tangki air tuk sistem AutoDrinker...kecik2 je...berkadaran dgn jumlah jangkaan penggunaan air seharian..Moms olah tangki tuk penggunaan sehari(max 2hari)...kiranye.Moms leh berada di luar reban 2hari je la..sob..sob...tp,okes la..dpt jgk Moms jimatkan kos nk hntr boarding...hihihihi...guna air paip yg bertadah je...no klorin at all...:)

Photobucket
Ni la rupa close-up tangki air Moms...guna tubeless vavle angin moto...simple n jimat..rm5 je sebutir..konpem tak leak..credit to ARNAB MANJA...

Okes la...ni antara step2 yg Moms nk kongsi dalam penternakan arnab..pada rakan2 yang maseh lagi mencari ide...so...tgk2 la ek..lau ade ide yg lagi bernas,leh kongsi2 ngan Moms...btw..kos keseluruhan projek tuk 14bilik ni rm445.00 je....jimat n berbaloi..:)

Monday, January 16, 2012

Sambutan berakhirrrrr..........

Terima kasih serta tahniah kepada mereka-mereka yang telah merebut peluang bersama-sama meraikan ulangtahun MOMs Agro.Sekalung budi diucapkan kerana menyokong pihak kami bersama-sama memajukan industri ini. Your guys was AWESOMEEEEEE.......

Promosi sambutan ulangtahun sudah pun berakhir pada 14/1/2011.....oleh itu,segala jenis tawaran bagi promosi tersebut sudah pun dibatalkan...Harga tawaran setiap produk MOMs akan kembali kepada harga asal....Boleh la selak2 blog MOMs ini atau lawati kedai kami di Mudah.com.....

Tq guys......:)

Friday, December 23, 2011

Sambutan Ulangtahun.......

Sempena ulang tahun penubuhan MOMS Agro, pihak MOMs ingin memberi sedikit hadiah sebagai penghargaan kepada rakan-rakan yang menyokong serta membantu perjuangan MOMs di dalam industri pertanian serta perternakan. Promosi ulangtahun ini berlangsung dari 23/12/2011 sehingga 14/1/2012. Rebutlah peluang ini secepat mungkin.....Salam penternakan.

Promosi Ulangtahun
23/12/2011 - 14/1/2012

1. Alfalfa hay 5kg rm50 termasok pos percuma 3biji Rabbit Nipple Drinker
2. Timothy hay 5kg rm45 termasok pos percuma 3biji Rabbit Nipple Drinker
3. 1opcs rabbit nipple drinker rm55 termasuk poslaju percuma 1pcs Rabbit auto feeder
4. 2paket(11g) benih Timothy rm60 termasok pos percuma 1paket(10g) benih alfalfa

Untuk belian produk secara bulk, boleh hubungi MOMs untuk daptakan hadiah tawaran.
Terima kasih kerana sentiasa bersama MOMs....:)

Sunday, December 18, 2011

Trip to Selangor (Klang)

Pada 21/12/2011 Rabu, MOMs nak buat perjalanan ke Selangor (Klang) melalui jalan MRR2...kepada rakan-rakan (selangor)yang ingin menempah barang-barang dari MOMs Agro, boleh hubungi MOMs di no telefon yang tertera untuk memudahkan penghantaran dengan lebih penjimatan. Hari terakhir untuk tempahan adalah pada hari Selasa 20/12/2011.

Terima Kasih.

Friday, December 16, 2011

Alfalfa Hay Timothy Hay

Bagi yang memerlukan bekalan hay, boleh dapatkan dari MOMs Agro. Kami menyediakan hay dalam bentuk bale, mini bale atau paket kecil 500g. Boleh hubungi MOMs untuk mendapatkan sebutharga. Bagi penghantaran, MOMs ada sediakan samada melalui perkhidmatan pos Malaysia atau MOMs hantarkan. Jangan serik...:)



Tahun Baru.....

Okes...sudah sekian lama MOMs tak dapat update blog, tiba-tiba hari ni terpanggil nak update blog.Dah bersawang jugak la.Kena la MOMs bersihkan guna penyapu ni..Ni la akibatnye kan bila dh lama tak memblog ni..
Sejak kebelakangan ni, MOMs asyik berfesbuk je sampaikan kurang mase untuk update blog MyOwnMines ni.Sempena nak masuk tahun baru ni, MOMs akan pastikan supaya segala maklumat-maklumat serta jualan-jualan produk ternakan/pertanian yang dibekalkan oleh MOMs dapat disalurkan di dalam blog ini.
Kepada pelanggan-pelanggan MOMs, terima kasih kerana sentias menyokong produk-produk MOMs.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...