Saturday, December 22, 2012

Masalah Arnab bulu GUGUR

BULU ARNAB GUGUR

Masalah yg biasa dialami penternak arnab khususnya arnab2 hiasan.Kalau yang bela untuk pedaging tu tade la masalah sgt sebab ini berkaitan dengan kecantikan arnab tersebut. Ada beberapa penyebab masalah ini berlaku sama ada disebabkan penyakit, stress atau memang secara semulajadi kitaran hidup arnab tersebut.
Arnab biasanya bersalin bulu dua kali setahun.Proses tersebut berlangsu...ng sepanjang hayat arnab tersebut. Arnab yang saya pelihara juga menghadapi masalah tersebut dan apa yang saya perlu buat adalah memerhatikan sama ada memang proses semulajadi atau ada penyakit lain dengan memeriksa tempat keguguran tersebut secara visual.
Sebenarnya ada beberapa faktor masalah tersebut yang perlu di beri perhatian antaranya;

1. Faktor pemakanan:Kandungan protin yang terlalu tinggi akan menyebabkan keguguran bulu yg kerap. Untuk arnab biasa kandungan protin 15%- 16% adalah memadai dan untuk arnab yang berbulu panjang seperti Angora memadailah sekitar 18% kandungan protin dalam makanan. 
Pemberian makanan juga hendaklah sentiasa konsisten. Jika kerap menukar jenama makanan/ pelet pastikan kandungan protin sama denga jenama yang diguna sebelum ini.

2. Disebabkan kutu dan juga kurap : Kurap dan kutu arnab boleh menjangkiti manusia. Kutu dari arnab boleh menyebabkan masalah pernafasan terutama kepada penghidap asma.

3. Barbering: Arnab yang lebih dominan akan mencabut bulu arnab yg tidak dominan. Arnab yg tidak dominan akan menyerahkan kepalanya untuk yang dominan mencabut bulu-bulu tersebut.Lama-lama boleh jadi botak kat bahagian belakang leher.cara mengatasinya adalah dengan mengasingkan arnab tersebut antara satu sama lain dan juga pemberian serat yang seimbang dalam pemakanan dapat membantu masalah tersebut.

4. Faktor stress: Perhatikan keadaan sekeliling arnab tersebut agar tidak bising, pencahayaan tidak berlebihan dan keadaan suhu sekitar hendaklan nyaman.
 
Harap pembaca semua boleh mendapat sedikit idea bagaimana untuk menyelesaikan masalah keguguran bulu arnab... :)

Thursday, December 13, 2012

Promosi Hay..... :) :)

Salam hujung tahun........okes, sempena ujung tahun ni, MOMs nk buat sket promosi jualan hay. Boleh semak di bawah untuk senarai harga dari MOMs Agro...semestinye terbaek...

Alfalfa Hay
1. RM12/kg pek 500g
2. RM35/5kg pek mini bales 5kg (harga termasuk pos)
    -self collect RM35/5kg
3. RM110/20kg pek mini bales 5kg (self collect only)
4. atas 20kg hubungi MOMs untuk harga (interested buyer welcome)

Timothy Hay
1. RM10/kg pek 500g
2. RM35/5kg pek mini bales 5kg (harga termasuk pos)
    -self collect RM35/5kg
3. RM110/20kg pek mini bales 5kg (self collect only)
4. atas 20kg hubungi MOMs untuk harga (interested buyer welcome)

Pembungkusan 500g juga disediakan untuk skala besar atas permintaan dengan sedikit cas.

Stok ALFALFA HAY double compressed juga disediakn atas permintaan ramai. Stok batang leper daun banyak..

Cepat dapatkan stok untuk haiwan kesayangan anda... :)

*Promosi hay pek mini bale 5kg telah pon TAMAT. Harga untuk hay bagi mini bale 5kg bermula dari 25hb Disember 2012 adalah RM45 termasuk pos. :)

Tuesday, December 11, 2012

PENGUMUMAN.........

Assalamualaikum w.b.t

Kepada pembaca serta peminat MOMs Agro, di sini MOMs nk info sedikit mengenai 2-3 hari sebelum ni,ada sedikit permasalahan berlaku pada MOMs....Henpon MOMs rosak gulap gulita...huhuhu
Bermula dr hari AHAD sehingga hari Selasa (11hb Dec) segala SMS yang MOMs terima langsung tak dapat baca...huhuhu..berbunyi je tp haram tak tau kt mana msg tu...
So MOMs nk bagitau,bukan MOMs taknak reply SMS dr kawan2 cuma MOMs taktau sms tu kt mana n dari sapa...Maafkan MOMs key...
Kepada mereka2 yang ada SMS MOMs, lau tak keberatan leh la SMS semula...hiihihihihih

Wasalam..... :)

Saturday, November 10, 2012

PERMATA PETS STOP

Pernah nampak tak kedai ni kat Temerloh Pahang?? sebenarnya, nk inform pada semua yang kedai ni diuruskan oleh MOMs Agro sepenuhnya. Sebelum ni kedai ini diuruskan bersama dengan seorang sahabat tapi akibat dari kekangan masa,sahabat tu tarik diri..jadi terpaksa la MOMs uruskan sendiri. Kedai ni beroperasi di Simpang Songsang Temerloh Pahang..kat simpang 4 besar tu,menghala ke Taman Sri Kemuning.
MOMs gunakan ruang kedai ini sebagai tempat operasi MOMs lebih kepada MOMs pamirkan barang2 yang MOMs hasilkan/jual..takde la semegah kedai haiwan peliharaan yang lain sebab pada hati MOMs ni,tetap berminat sepenuhnya dengan pertanian....errrmm...mungkin nk bukak kedai pertanian jaul baja kot..hihihihi...banyak lagi langkah yg MOMs perlu lakukan ni...
Kepada mereka-mereka yang nak datang borak2 ke lepak2 ke..sila-sila la ek..boleh kenal2...hihihi


Maklumla guna kamera hengpong je....
Depan tu la simpang 4 besar tu...dekat je ngan simpang...jangan sesat ek... :)

Tuesday, November 6, 2012

Arnab Teddy Bear untuk dijual

Salam pertanian.

MOMs ada 3ekor arnab hias untuk dijual. Boleh datang ke tempat MOMs untuk tengok2 lihat2...sambil tu leh borak2..suaikenal gitu kan...anyway,siapa2 yang berminat leh roger MOMs untuk dapatkan harga terbaek... :)

Arnab Teddy Bear..yang ni bulu dia memang kembang,mcm bola berbulu..yang uniknya,telinga arnab ni bulu dia agak panjang dari yang biasa dan yang pasti...tak nmpk mata..hihihi..yg ni RM250 nego...

Arnab ni plak, MOMs ada kacukkan antara Teddy Bear ngn E.Angora...hehehe..EA tu, bulu dia agak lebih kembang dan halus.Panjang2 bulu beliau ni..yang ni harga dia RM150 nego...

Apa-apa leh info MOMs key... :)

Thursday, August 23, 2012

Alat ganti Nipple Drinker

Satu lagi produk yang dibekalkan oleh MOMs Agro. Silicone mini O-ring. Digunakan untuk menahan air di dalam nipple drinker.
Adakalanya Rabbit nipple drinker mengalami kebocoran di mana airnya menitis walaupun tidak disentuh, kebiasaannya ianya adalah disebabkan o-ring asal di dalam nipple telah haus. Seperti yang biasa berlaku pada paip2 rumah yang lama tidak diselenggara. Dengan adanya produk ini, tidak perlu lagi anda membeli yang baru atau membuang dgn menanggung kerugian, dapatkan mini o-ring untuk penyelengaraan dan memanjangkan lagi tempoh kerja nipple drinker tersebut..JIMAT kan.... :)
Dapatkan dari MOMs Agro pada harga RM1/pc.

Hubungi MOMs Agro untuk maklumat lanjut...

Wednesday, August 8, 2012

Kenapa perlu BUANG....

Salam sejahtera.....

Selama MOMs Agro berkecimpung dalam dunia pengarnban ni, penggunaan nipple drinker dan autofeeder banyak memberi kesan positif terhadap pengembangan MOMs Agro. Pengurusan masa lebih terurus dan yang lebih penting pengurusan arnab lebih terjamin. Jika mengikut kepada rekod jualan Stainless Steel Nipple Drinker sejak ianya mula diperkenalkan dalam dunia arnab MALAYSIA, hampir 20ribu yang telah terjual....tahniah MOMs ucapkan kepada mereka-mereka yang telah mencuba.
Sehubungan dengan itu MOMs ada melancarkan program tukar beli untuk produk Nipple Drinker (sahaja). Maklumat perktukaran adalah seperti berikut.

1. Tukar Nipple drinker lama untuk Nipple Drinker baru.
2. Pulangkan kepada kami seberapa banyak yang anda ingin tukarkan.
3. Harga untuk setiap pcs TUKAR BELI adalah RM2.50 (ANDA JIMAT LEBIH 50%)
4. Lebih bnyk penukaran anda lebih jimat.
5. Kos pengeposan untuk pemulangan ditanggung oleh pembeli.
6. Nipple drinker yang hendak ditukar perlu ada Nipple dan spring.

Hubungi MOMs untuk lebih maklumat lanjut....  0177517801
Program penukaran juga dapat dilakukan pada mana-mana pengedar MOMs yang berdaftar.
Terima Kasih atas sokongan anda..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...