Wednesday, March 23, 2011

beCoMe MOMs Agro.....

Registration had been done on 22nd Mac 2011...MOMs Agro CT0006489-X had already been listed in SSM database..May this year and ahead bring a good fortune for MOMs and all of my frenz...MOMs shall operate in origin Raub,Pahang and are free to welcome everyone..May Allah blees us...

Thursday, March 17, 2011

Alfalfa Hay....

Bekalan Alfalfa Hay...

Stok yang saya guna datangnye dari Compressed Bale...saya repack semula mengikut keperluan harian saya,jadi yang lebih-lebih tu...leh ar lau nak beli dari saya,rege ok-ok je...


PhotobucketPhotobucket

ni la rupe dia...kamera DSLR lum beli lagi so pic pun biasa-biasa je la...
PhotobucketRM10/kg (pos rate according to malaysia standard)-COD at Raub, RM8/kg only

PhotobucketRM37/box, packaging size 5kg (pos rate according to malaysia standard)
Bagi mereka-mereka yang berminat, leh ar info saya...datang Raub, singgah2 la ek...

Tuesday, March 15, 2011

Semi Auto drinker - DIY

Hari ni ingat nk kongsi sikit setup auto drinker saya...ni DIY je so dgn skill tangan saya yang tak ok ni,hasilnye asal boleh je la ek....nak cite panjang-panjang pun susah so layan je la ek pic bwh ni...


Paip PVC 15mm, 4biji nipel ayam sebagai soket..

Yang ni plak bekas pakaian (biasa toyogo,tp ni yg tak biasa-togoyo kot),2 soket paip PVC 15mm sebagai inlet and outlet.


Tangki pun dh siap....saya guna 4 outlet untuk meningkatkan tahap prestasi agihan air (untuk mengekalkan tekanan graviti bagi setaip saluran tiub). Untuk inlet pula,saya sambungkan terus pada paip rumah, tapi saya tidak menggunakan pelampung,jadi saya hanya guna valve pipe pd smbungan paip rumah...buka bila nk topup air je (jangkaan 4hari sekali topup).
Pada mulanya, memang berminat untuk design tangki berserta pelampung tapi disebabkan saya nk amalkan pemberian air campuran EM4,so..tak jadi la pulak..nanti makin cair plak EM tu kt dlm tangki tu nanti....Lupa plak nk bagi tau, untuk penutup tangki,samada nk buang je penutup tu atau tebuk sket lubang dalam 3-4 bijik supaya wujud tekanan atmosfera....

Tuesday, February 22, 2011

Rabbit Nipple Drinker

Air merupakan asas yang paling penting untuk seekor arnab. Adalah menjadi tanggungjawab kita sbg pengemar/hobi/penternak arnab untuk membekalkan air yang bersih sepanjang masa untuk arnab kita. Terdapat beberapa kaedah yg telah digunapakai dari dulu hingga sekarang dan ianya masih relevan utk memenuhi keperluan air arnab. Sistem air berputing merupakan kaedah yang lebih praktikal utk memenuhi permintaan tersebut. Apabila arnab semakin membiak bermakna permintaan air sehari semakin tinggi. Penggunaan kaedah tradisional (mangkuk, bottle feeder) menjadi semakin kritikal dan kos yg tinggi apabila melibatkan sangkar yang banyak. Sistem berputing mampu membekalkan sumber air yang bersih 24/7 kepada arnab dan melibatkan pengurusan yg lebih mudah dan cekap. Rabbit nipple drinker merupakan satu alternatif yg mudah dan cekap utk membantu dari segi pengurusan sumber air. Diperbuat dari stainless steel dan tahan gigitan arnab. Drinker ini juga berfungsi secara auto (watertank kena ada la.........) apabila disentuh oleh arnab. Ianya sgt sesuai utk pelbagai saiz arnab. Untuk memudah pemahaman kita, sistem mekanikal bagi drinker ini hanya menggunakan gelung getah (pic) yang dipasang pada rod (pic) dan diikat menggunakan spring (pic). Sistem inilah yg memastikan air dari tangki utama tidak menitik pada nipple......mudahkan..... Sistem berputing ini lebih menjurus kepada mereka yg paham pada selok belok DIY dan bagi mereka yg agak janggal dgn DIY, kenalah cari kawan2 yang sudi membantu.....dimana ada air disitu ada hidupan........caiyokkkkkk!!!!!

Sunday, February 6, 2011

New Zealand White Rabbit Nipple Drinker



Si Carik ku tgh minum air using rabbit nipple drinker...ala cute2nyer diaaaa!!!

Si Capik n Si Carik

Tgk...Si Capik dan Si Carik dok berebut keledek...gelojosssss!!!

At last saya suapkan Si Carik ni yang lain...hehe

Saturday, February 5, 2011

Homemade Mixing Medium

Apa yang anda perlukan ialah :-

1. Glycerin - 1 part
2. Purified Water - 3 part

Senang jer ...campur kedua2 bahan di dalam botol kecil. Pastu goncangkan sampai larut. Dinasihatkan untuk buat dalam kuantiti minima untuk seminggu penggunaan. Ada masa saya post-up picture dalam blog k...salam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...