Tuesday, June 28, 2011

Our Stock Hay

PhotobucketNon-compress Alfalfa Hay RM60/5kg

PhotobucketSingle Compress Alfalfa Hay RM50/5kg

PhotobucketDouble Compress Alfalfa Hay (tiada pembekalan lagi)

PhotobucketOrchard Grass Mix Alfalfa Hay RM45/5kg

Bekalan Timothy Hay juga disediakan dgn harga RM45/5kg.
Jualan Mini Bales juga disediakan dengan harga berpatutan. Size mini bale adalah 5kg,8kg dan 10kg (Tertakluk kepada stok simpanan).
Sila hubungi untuk keterangan lanjut.

* Harga yang dinyatakan adalah termasuk kos penghantaran. Pihak MOMs juga boleh menukar harga pada bila-bila masa tanpa pemberian notis.

Tuesday, May 31, 2011

New Stock Arrived......June 2011

Stock produk Nipple Ternakan untuk bulan June 2011.

Rabbit Nipple Drinker (Stainless Steel)
Stainless Steel Goat Nipple (with filter)
Chicken Nipple (Plastic)

PhotobucketStock June 2011

Berminat untuk mendapatkannya, boleh menghubungi MOMs atau
En. Zakaria - 0132033262 (Telok Paglima Garang,Klang, Selangor)
En. Fitri - 0122146841 (Rantau Panjang, Klang, Selangor)

Tuesday, May 17, 2011

Sample penghantaran melalui Pos Malaysia

Hari ni MOMs nak bagi tips untuk memastikan produk-produk hay yang dihantar adalah tepat dari segi timbangan (Akta Timbang Sukat 1972).
Penghantaran untuk Hay dengan menggunakan perkhidmatan Penghantaran Barang Pos Malaysia (Domestik) manakala untuk produk-produk lain MOMs menggunakan perkhidmtan PosLaju.
Penghantaran Hay dari MOMs adalah mengikut penimbang yang telah ditetapkan/digunakan oleh MOMs. Untuk memastikan produk yang dihantar adalah tepat, MOMs nak kongsi sedikit tips untuk menyemak berat barang.
PhotobucketPenghantaran Hay 10kg (berat produk 10kg++ , berat kotak 1.2kg )


PhotobucketPenghantaran Hay 5kg (berat produk 5kg++ berat kotak 600g)

Bagi mengelakkan sebarang kemusykilan, sila menghubungi MOMs seberapa segera. TQ...

Saturday, May 14, 2011

Rumput-rumput kering MOMs Agro...

Stok untuk bulan 5...stok sedia ada. Sila berurusan dengan MOMs untuk mendapatkan harga terbaek....tq

Alfalfa Hay = 150kg


Photobucket Photobucket


PhotobucketAlfalfa Hay close up...



Mix Grass (Timothy Hay 70% + Alfalfa Hay 30%)
Photobucket Photobucket

Pembungkusan stok 500gram.

Photobucket Photobucket



Wednesday, April 20, 2011

Pembungkusan Semula Alfalfa dan Timothy Hay

Untuk memastikan produk yang dikeluarkan oleh MOMs menepati permintaan pasaran, pihak MOMs telah mengenalpasti pelbagai aspek yang perlu dititikberatkan dalam pembungkusan semula Alfala dan Timothy hay (produk permulaan). Antara yang ditekankan oleh MOMs adalah kesan udara,cahaya serta kepenggunaan. Gambar di bawah merupakan kaedah pembungkusan yang digunakan oleh MOMs untuk memastikan kualiti hay tidak terjejas.

Photobucket

Penggunaan plastik bungkusan yang agak tebal lebih efektif untuk pengurusan yang lebih lancar. MOMs belum lagi menggunakan label atas beberapa faktor dan segala urusan melabel masih di dalam pertimbangan.

Produk Baru

Hari ni MOMs nak perkenalkan 2 produk baru MOMs yang baru je bermastautin dalam store MOMs..Jika berminat, boleh hubungi MOMs untuk keterangan lanjut, jangan serik ek..
Photobucket
Bekas Makanan Arnab. Berfungsi secara auto. Harga RM12.00



Photobucket Photobucket

Goat Nipple Drinker.
Berfungsi secara auto untuk mengagihkan air untuk ternakan.
Harga Tawaran RM14.00/set.

Monday, April 18, 2011

Alfalfa sebagai HAY...

HAY merupakan satu keadaan kering melibatkan tumbuhan rumput. Kebiasaannye rumput akan digelar hay apabia mencapai 80% kering atau 20% lembap. Rumput alfalfa juga tidak terkecuali dalam membentuk hay. Penanaman alfalfa merupakan satu jenis sumber pertanian yang pesat meningkat di negara-negara yang berjaya dalam penanaman rumput ini. Alfalfa ini dipasarkan samada di negera-negara pengeksport atau di negara-negara pengimport.

Rumput alfalfa ini akan dituai apabila sampai tahap matangnya samada dlm bentuk hay atau 'sprout'. Alfalfa yang siap dituai yang dibungkus dalam bentuk 'bale' digelar sebagai 'raw material' bahan mentah. 'Bale' tersebut biasanya dalam lingkungan berat 25-100kg berdasarkan permintaan pelanggan. Untuk tujuan eksport, 'bale' biasanya akan dikenakan tekanan 'compress' untuk memudahkan pengurusan kontena. Terdapat 3 jenis bales yang biasa dieksport oleh negara pengeluar.
1. Non-compress bale
2. Single compress bale
3. Double compress bale

Perlu diingat, urusan penghantaran rumput kering ini biasanya menggunakan pengangkutan laut yang lebih murah berbanding udara. Tempoh penghantaran ke negara pengimport mengambil masa 30-45hari. Negara pengimport akan menggunakan raw material ini untuk dijadikan pelbagai produk hiliran untuk dipasarkan di pasaran terbuka.

Negara pengeksport juga menggunakan rumput alfalfa ini sebagai bahan mentah untuk produk-produk hiliran mereka. Penghasilan secara kilang adalah lebih menjimatkan dan pengawalan mutu produk dapat dipantau sebaik mungkin. Pada kebiasaannya, produk hiliran dari negara-negara pengeksport adalah lebih bermutu pada zahirnya kerana bahan mentah yang digunakan adalah mencakupi 20% tahap kelembapan berbanding produk hiliran dari negara pengimport di mana tahap kelembapan bahan mentah boleh menurun sehingga 5% kelembapan. Oleh sedemikian, tidak hairan jika produk-produk hiliran dari negara pengeksport adalah lebih mahal dan lebih berkualiti.

Pemasaran alfalfa dalam bentuk 'sprout' akan dikupas pada masa akan datang....
sekian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...