Wednesday, January 23, 2013

Penjagaan Arnab bunting

Salam penternakan untuk semua....

Hari ni nak sentuh sket berkenaan aranb yang bunting dan penjagaan untuk arnab yang sedang menyusu. Acapkali juga MOMs menerima masalah2 berkenaan ibu-ibu arnab yang gagal menjaga anak2 arnab. Dari pengalaman MOMs, ada beberapa cara dan kaedah yang sesuai bagi mengelakkan permasalahan itu. Adakalanya menyelesaikan punca adalah terbaik.

1. Apabila arnab selesai mengawan.
    Arnab yang sudah mengawan hanya memerlukan 30-35hari untuk melahirkan anak2, pada waktu ini selera arnab agak meningkat untuk menampung kandungan perutnya. Pada tempoh ini, pemberian ALFALFA hay yang banyak amatlah ditekankan. Perlu diingat, pada waktu ini bukan satu perut yg nk dijaga ianya melibatkan perut2 tambahan yang ada dalam perut ibu tersebut. Alfalfa juga boleh membekalkan protein dan vitamin untuk ibu serta tumbesaran janin arnab (ye ke panggilan dia janin). Nutrisi yuang cukup boleh mengurangkan masalah anak2 yang kurang sempurna,tidak sihat. Pada pengalaman MOMs, waktu ini bekalan mmg disediakan secukupnya untuk memberikan diet yg cukup untuk ibu yg bunting. (waktu ni dh tk kira dah show ke gebus ke comel ke yang penting ibu tu cukop makan)

2. 28-30hr bunting
    Pada tempoh 28hari bunting, seeloknye disediakan bekas untuk beranak (Nestbox,bakul) yang sesuai. Pastikan kandang ibu bebas dari gangguan anasir luar ataupon arnab jantan. Berikan sedikit privasi untuk ibu tersebut.

3. Selesai ibu bunting beranak
   Pada hari pertama, dgn keadaan alfalfa hay berada didalam cage arnab.perhatikan keadaan kelahiran.. Adakah ibu beranak cabut bulu/buat sarang atau beranak tanpa membuat sarang/cabut bulu. Ini penting untuk memastikan tahap ibu tersebut. Bagi kes buat sarang, biasanya ibu sudah bersedia dengan kelahiran dan bakal menyusu anak-anaknya tanpa sebarang masalah. (MOMs gunakan pellet WABBIT untuk gantian alfalfa pd situasi ini)
 Jika ibu beranak tanpa buat sarang. Seeloknye dibekalkan sedikit daun GINSENG JAWA untuk menaikkan hormon ibu tersebut. Kaedah susuan manual juga boleh dijalankan 2kali sehari. Penggunaan susu gantian arnab tidak digalakkan kecuali menggunakan susu kambing asli.

Hasil dari pemantauan MOMs, ibu yang dibekalkan nutrisi yang lengkap semasa bunting bakal melahirkan anak2 yang cukop sifat n sempurna serta ibu yang handal menjaga anak.. :)

Senarai Harga


Alfalfa hay dan Timothy Hay
1. Alfalfa hay/Timothy Hay 2kg (1kg x2) RM25 termasuk pos
2. Alfalfa hay/Timothy Hay 5kg (1kg x5) RM45 termasuk pos
3. Alfalfa hay/Timothy Hay 10kg (1kg x10) RM85 termasuk pos
4. Alfalfa hay/Timothy Hay 4.5kg x1 RM40 termasuk pos
5. Alfalfa hay/Timothy Hay 9kg (5kg x2) RM80 termasuk pos
*harga untuk Semenanjung Malaysia sahaja.

Walk-in  customer
1. Alfalfa hay RM10/kg
2. Timothy hay RM10/kg
*diskaun diberikan untuk belian atas 3kg. :)

Stainless Steel Nipple Drinker
RM4.50/pcs
(Nipple + T-joint + 2mini Spring)




Rabbit Autofeeder
RM15.00/pc
Bahan buatan Aluminium 0.4mm






Ubat kurap+cacing+kutu jenama PROMECTIN ORAL
penyelasaian bukan suntikan.
penggunaan 0.1ml
RM25.00/botol 30ml






Makanan arnab premium WABBIT
100% alfalfa.
RM75.00/guni 10kg






Sangkar untuk arnab 2bilik lengkap beserta 2autofeeder + 2nipple + 1tangki
size keseluruhan 3ft x 2ft x 1.5ft H
RM140.00
-Jualan secara asing
 Cage sahaja RM70.00
 Cage+2autofeeder+2nipple+1tangki  RM120.00
 Kaki sahaja (sesuai untuk 2biji cage 6304)  RM55.00
*sangkar dari dawai galvanised 18G (keras) dan Kayu pinewood kalis air (varnish tebal)


PetZoom Self Cleaning Grooming. (As Seen on TV)
set berserta trimmer.
Sangat efektif untuk membuang bulu2 yg berjelaga.
RM18/pc

Saturday, January 12, 2013

Stainless Steel Rabbit Nipple Drinker ????

Salam...

Izinkn MOMs mohon kemaafan jika apa yang MOMs sampaikan kt nukilan ni ade mengguris hati dan perasaan...cewaahhhh....
Hari ni MOMs nk cite sket berkenaan produk Stainless Steel Nipple Drinker.

begini la rupanye...produk terawal yang MOMs pasarkan. Memang teruja dengan kesan penggunaan produk ini, byk masa yang dijimatkan..Pengurusan arnab semakin tersusun.Mula-mula dulu hairan jugakla bagaimana ianya berfungsi tapi selepas mendapt tunjuk ajar dari beberapa pakar esp Arnab Manja dan Ketapang Bunnies, barulah MOMs tahu how its function. Mengikut perkiraan MOMs, produk ini MOMs lancarkan pada 25/12/2010 dan pelanggan pertama MOMs, lupa kat mana delivery tapi ada je orgnye dlm FB...MOMs mmg menggunakan produk ini untuk segala jenis reban yang MOMs usahakan, alhamdulillah ianya memang memudahkan...okes ini MOMs nk cerita selepas menggunakannya..


lubang tempat sangkut mini spring patah akibat dr kereputan metal.

Metal haus akibat dari gigitan arnab yang HAUS.

Nat plastik pecah akibat tindakan air.

Setelah MOMs gunakan produk ini, satu permasalahan yang timbul adalah ianya TIDAK BOLEH DISELENGGARA, ianya agak menyukarkan tetapi MOMS tetap merasakan produk ini membantu segala urusan menguruskan arnab.

Untuk tahun 2013, MOMs telah memperkenalkan satu lagi produk nipple arnab yang lebih kukuh dan lebih mudah untuk menyelenggara (memanjangkan jangka hayat). Produk ini sudah pun MOMs gunakan dan Alhamdulillah,MOMs berpuas hati dengan kepenggunaannya..


Untuk yang hendak mencuba, boleh la hubungi MOMs......kita bela arnab bukan untuk 3bulan je... :)

Sekian...

Cara Pemberian Timothy Hay

Salam Penternakan dan juga penghobian....hihihihi

Okes, hari ni MOMs nk share sket cara pemberian hay yang boleh MOMs katakan efisien. Dapat mengelakkan kerugian..Apa gunanye kita dok beli hay dr MOMs smpi 5kg tp yg masuk perut arnab 2kg je..yg laen abes berterabur atas lantai..rugi tu..sehelai hay sama dgn setitik peluh berkerja..hihihih
Cara nye agak mudah, hanya sediakan cable tie kalau boleh size 150mm ke atas.

1. Ambil selonggok hay dalam keadaan melintang panjangnye (agak2 dlm 20-30cm)
2. Ambil cable tie kemudian ikat kat tengah2 ketat2
3. Potong cable yang berlebihan tu.
4. Letak untuk santapan arnab diRaja... :)


Begini la rupa hay yang diikat rapi menggunakan cable tie


Ini pula hasil keesokkannya...

p/s : kepada mereka yang agak bimbang cable tie digigit oleh arnab,boleh tukar kepada dawai halus yang bileh didapati di kedai2 hardware berdekatan..

Sekian... :)

Sunday, December 30, 2012

Rabbit Stainless Steel Nipple Drinker

Salam penternakan dari MOMs....

Sebelum ini, MOMs ada memperkenalkan produk nipple dari Stainless Steel, mungkin di kalangan anda sudah menggunakannya. Alhamdulillah...permintaan agak memberangsangkan...buat pengetahuan semua,MOMs sekarang sudah memberhentikan pengambilan stok tersebut untuk memberi ruang kepada stok drinker yang baru MOMs perkenalkan...

Rabbit drinker terbaru masih diperbuat dari Stainless Steel tapi dengan ciri-ciri tambahan yang lebih mantap untuk mempertingkatkan kepenggunaannya,maklum la...arnab ni kadang-kadang boleh tahan jugak gigitan dia. Stok kali ini lebih tebal dan pengaliran air yang lebih sempurna dapat mengelakkan arnab memberontak air perlahan..Apabila arnab gembira,anda pasti gembira

Harga pengenalan adalah RM5.00/set di mana anda akan dapat 1nipple + 1t-joint + 2mini spring.

Tawaran menarik untuk pembelian pukal. Boleh hubungi Saiful 0177517801 untuk maklumat lanjut... :)

Tuesday, December 25, 2012

Penternakan Arnab Pedaging.

As-salam.....

Hari ni MOMs nk cite sket perihal arnab pedaging. Antara baka yg biasa digunakan di Malaysia adalah New Zealand White, Chincillas dan Flemish Giant. Baka2 ni memang terdapat di sini dan mudah untuk diperolehi. Kat bawah ni leh tengok rupa arnab tersebut.
 New Zealand White
 Flemish Giant
Chincilla

Dari pengalaman MOMs dalam menternak arnab pedaging untuk hasil daging, berat yang sesuai untuk penyembelihan(proses mengambil daging) adalah dlm lingkungan 2kg-2.5kg berat hidup dan jangkaan karkas(rangka tulang beserta daging tanpa kepala) adalah 1.2-1.4kg. Umur yang sesuai untuk pengambilan hasil adalah pada umur 4bulan bergantung kepada jenis baka,pembakaan. Pembakaan memainkan peranan penting dalam menghasilkan produk daging arnab. Pembiakkan perlu dititikberatkan untuk memastikan anak2 arnab tidak bantut serta berbadan besar.

Dari pengalaman MOMs, bagi mereka yg ingin menjadi backyard breeder, ada 3 hasil utama yg boleh diperolehi iaitu.
1. Hasil daging arnab
2. Hasil bulu arnab
3. Jualan anak arnab pedaging

Bagi permulaan, 6ekor betina dan 1ekor jantan sudah memadai untuk menghasilkan bilangan arnab 12-18ekor sebulan. Dengan harga market/orang tengah yang sedia ada, hasil bersih untuk seekor arnab dalam lingkungan RM15-RM30 seekor. Daging arnab juga boleh dijadikan pengganti kepada daging ayam untuk seisi keluarga..macam yg MOMs buat la,agak2 bosan makan ayam,sembelih arnab je...hihihihih

Harap dapat membantu serba sedikit info tentang permulaan penternakan ini....

Saturday, December 22, 2012

Masalah Arnab bulu GUGUR

BULU ARNAB GUGUR

Masalah yg biasa dialami penternak arnab khususnya arnab2 hiasan.Kalau yang bela untuk pedaging tu tade la masalah sgt sebab ini berkaitan dengan kecantikan arnab tersebut. Ada beberapa penyebab masalah ini berlaku sama ada disebabkan penyakit, stress atau memang secara semulajadi kitaran hidup arnab tersebut.
Arnab biasanya bersalin bulu dua kali setahun.Proses tersebut berlangsu...ng sepanjang hayat arnab tersebut. Arnab yang saya pelihara juga menghadapi masalah tersebut dan apa yang saya perlu buat adalah memerhatikan sama ada memang proses semulajadi atau ada penyakit lain dengan memeriksa tempat keguguran tersebut secara visual.
Sebenarnya ada beberapa faktor masalah tersebut yang perlu di beri perhatian antaranya;

1. Faktor pemakanan:Kandungan protin yang terlalu tinggi akan menyebabkan keguguran bulu yg kerap. Untuk arnab biasa kandungan protin 15%- 16% adalah memadai dan untuk arnab yang berbulu panjang seperti Angora memadailah sekitar 18% kandungan protin dalam makanan. 
Pemberian makanan juga hendaklah sentiasa konsisten. Jika kerap menukar jenama makanan/ pelet pastikan kandungan protin sama denga jenama yang diguna sebelum ini.

2. Disebabkan kutu dan juga kurap : Kurap dan kutu arnab boleh menjangkiti manusia. Kutu dari arnab boleh menyebabkan masalah pernafasan terutama kepada penghidap asma.

3. Barbering: Arnab yang lebih dominan akan mencabut bulu arnab yg tidak dominan. Arnab yg tidak dominan akan menyerahkan kepalanya untuk yang dominan mencabut bulu-bulu tersebut.Lama-lama boleh jadi botak kat bahagian belakang leher.cara mengatasinya adalah dengan mengasingkan arnab tersebut antara satu sama lain dan juga pemberian serat yang seimbang dalam pemakanan dapat membantu masalah tersebut.

4. Faktor stress: Perhatikan keadaan sekeliling arnab tersebut agar tidak bising, pencahayaan tidak berlebihan dan keadaan suhu sekitar hendaklan nyaman.
 
Harap pembaca semua boleh mendapat sedikit idea bagaimana untuk menyelesaikan masalah keguguran bulu arnab... :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...