Tuesday, February 22, 2011

Rabbit Nipple Drinker

Air merupakan asas yang paling penting untuk seekor arnab. Adalah menjadi tanggungjawab kita sbg pengemar/hobi/penternak arnab untuk membekalkan air yang bersih sepanjang masa untuk arnab kita. Terdapat beberapa kaedah yg telah digunapakai dari dulu hingga sekarang dan ianya masih relevan utk memenuhi keperluan air arnab. Sistem air berputing merupakan kaedah yang lebih praktikal utk memenuhi permintaan tersebut. Apabila arnab semakin membiak bermakna permintaan air sehari semakin tinggi. Penggunaan kaedah tradisional (mangkuk, bottle feeder) menjadi semakin kritikal dan kos yg tinggi apabila melibatkan sangkar yang banyak. Sistem berputing mampu membekalkan sumber air yang bersih 24/7 kepada arnab dan melibatkan pengurusan yg lebih mudah dan cekap. Rabbit nipple drinker merupakan satu alternatif yg mudah dan cekap utk membantu dari segi pengurusan sumber air. Diperbuat dari stainless steel dan tahan gigitan arnab. Drinker ini juga berfungsi secara auto (watertank kena ada la.........) apabila disentuh oleh arnab. Ianya sgt sesuai utk pelbagai saiz arnab. Untuk memudah pemahaman kita, sistem mekanikal bagi drinker ini hanya menggunakan gelung getah (pic) yang dipasang pada rod (pic) dan diikat menggunakan spring (pic). Sistem inilah yg memastikan air dari tangki utama tidak menitik pada nipple......mudahkan..... Sistem berputing ini lebih menjurus kepada mereka yg paham pada selok belok DIY dan bagi mereka yg agak janggal dgn DIY, kenalah cari kawan2 yang sudi membantu.....dimana ada air disitu ada hidupan........caiyokkkkkk!!!!!

3 comments:

  1. In what language this post is written?

    ReplyDelete
  2. in malay...if u need a support do email me directly, maybe i can help...

    ReplyDelete
  3. I need some help from you.... please give me your mail id..pls send mail id to shabeer.thurakkal@gmail.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...