Sunday, December 30, 2012

Rabbit Stainless Steel Nipple Drinker

Salam penternakan dari MOMs....

Sebelum ini, MOMs ada memperkenalkan produk nipple dari Stainless Steel, mungkin di kalangan anda sudah menggunakannya. Alhamdulillah...permintaan agak memberangsangkan...buat pengetahuan semua,MOMs sekarang sudah memberhentikan pengambilan stok tersebut untuk memberi ruang kepada stok drinker yang baru MOMs perkenalkan...

Rabbit drinker terbaru masih diperbuat dari Stainless Steel tapi dengan ciri-ciri tambahan yang lebih mantap untuk mempertingkatkan kepenggunaannya,maklum la...arnab ni kadang-kadang boleh tahan jugak gigitan dia. Stok kali ini lebih tebal dan pengaliran air yang lebih sempurna dapat mengelakkan arnab memberontak air perlahan..Apabila arnab gembira,anda pasti gembira

Harga pengenalan adalah RM5.00/set di mana anda akan dapat 1nipple + 1t-joint + 2mini spring.

Tawaran menarik untuk pembelian pukal. Boleh hubungi Saiful 0177517801 untuk maklumat lanjut... :)

Tuesday, December 25, 2012

Penternakan Arnab Pedaging.

As-salam.....

Hari ni MOMs nk cite sket perihal arnab pedaging. Antara baka yg biasa digunakan di Malaysia adalah New Zealand White, Chincillas dan Flemish Giant. Baka2 ni memang terdapat di sini dan mudah untuk diperolehi. Kat bawah ni leh tengok rupa arnab tersebut.
 New Zealand White
 Flemish Giant
Chincilla

Dari pengalaman MOMs dalam menternak arnab pedaging untuk hasil daging, berat yang sesuai untuk penyembelihan(proses mengambil daging) adalah dlm lingkungan 2kg-2.5kg berat hidup dan jangkaan karkas(rangka tulang beserta daging tanpa kepala) adalah 1.2-1.4kg. Umur yang sesuai untuk pengambilan hasil adalah pada umur 4bulan bergantung kepada jenis baka,pembakaan. Pembakaan memainkan peranan penting dalam menghasilkan produk daging arnab. Pembiakkan perlu dititikberatkan untuk memastikan anak2 arnab tidak bantut serta berbadan besar.

Dari pengalaman MOMs, bagi mereka yg ingin menjadi backyard breeder, ada 3 hasil utama yg boleh diperolehi iaitu.
1. Hasil daging arnab
2. Hasil bulu arnab
3. Jualan anak arnab pedaging

Bagi permulaan, 6ekor betina dan 1ekor jantan sudah memadai untuk menghasilkan bilangan arnab 12-18ekor sebulan. Dengan harga market/orang tengah yang sedia ada, hasil bersih untuk seekor arnab dalam lingkungan RM15-RM30 seekor. Daging arnab juga boleh dijadikan pengganti kepada daging ayam untuk seisi keluarga..macam yg MOMs buat la,agak2 bosan makan ayam,sembelih arnab je...hihihihih

Harap dapat membantu serba sedikit info tentang permulaan penternakan ini....

Saturday, December 22, 2012

Masalah Arnab bulu GUGUR

BULU ARNAB GUGUR

Masalah yg biasa dialami penternak arnab khususnya arnab2 hiasan.Kalau yang bela untuk pedaging tu tade la masalah sgt sebab ini berkaitan dengan kecantikan arnab tersebut. Ada beberapa penyebab masalah ini berlaku sama ada disebabkan penyakit, stress atau memang secara semulajadi kitaran hidup arnab tersebut.
Arnab biasanya bersalin bulu dua kali setahun.Proses tersebut berlangsu...ng sepanjang hayat arnab tersebut. Arnab yang saya pelihara juga menghadapi masalah tersebut dan apa yang saya perlu buat adalah memerhatikan sama ada memang proses semulajadi atau ada penyakit lain dengan memeriksa tempat keguguran tersebut secara visual.
Sebenarnya ada beberapa faktor masalah tersebut yang perlu di beri perhatian antaranya;

1. Faktor pemakanan:Kandungan protin yang terlalu tinggi akan menyebabkan keguguran bulu yg kerap. Untuk arnab biasa kandungan protin 15%- 16% adalah memadai dan untuk arnab yang berbulu panjang seperti Angora memadailah sekitar 18% kandungan protin dalam makanan. 
Pemberian makanan juga hendaklah sentiasa konsisten. Jika kerap menukar jenama makanan/ pelet pastikan kandungan protin sama denga jenama yang diguna sebelum ini.

2. Disebabkan kutu dan juga kurap : Kurap dan kutu arnab boleh menjangkiti manusia. Kutu dari arnab boleh menyebabkan masalah pernafasan terutama kepada penghidap asma.

3. Barbering: Arnab yang lebih dominan akan mencabut bulu arnab yg tidak dominan. Arnab yg tidak dominan akan menyerahkan kepalanya untuk yang dominan mencabut bulu-bulu tersebut.Lama-lama boleh jadi botak kat bahagian belakang leher.cara mengatasinya adalah dengan mengasingkan arnab tersebut antara satu sama lain dan juga pemberian serat yang seimbang dalam pemakanan dapat membantu masalah tersebut.

4. Faktor stress: Perhatikan keadaan sekeliling arnab tersebut agar tidak bising, pencahayaan tidak berlebihan dan keadaan suhu sekitar hendaklan nyaman.
 
Harap pembaca semua boleh mendapat sedikit idea bagaimana untuk menyelesaikan masalah keguguran bulu arnab... :)

Thursday, December 13, 2012

Promosi Hay..... :) :)

Salam hujung tahun........okes, sempena ujung tahun ni, MOMs nk buat sket promosi jualan hay. Boleh semak di bawah untuk senarai harga dari MOMs Agro...semestinye terbaek...

Alfalfa Hay
1. RM12/kg pek 500g
2. RM35/5kg pek mini bales 5kg (harga termasuk pos)
    -self collect RM35/5kg
3. RM110/20kg pek mini bales 5kg (self collect only)
4. atas 20kg hubungi MOMs untuk harga (interested buyer welcome)

Timothy Hay
1. RM10/kg pek 500g
2. RM35/5kg pek mini bales 5kg (harga termasuk pos)
    -self collect RM35/5kg
3. RM110/20kg pek mini bales 5kg (self collect only)
4. atas 20kg hubungi MOMs untuk harga (interested buyer welcome)

Pembungkusan 500g juga disediakan untuk skala besar atas permintaan dengan sedikit cas.

Stok ALFALFA HAY double compressed juga disediakn atas permintaan ramai. Stok batang leper daun banyak..

Cepat dapatkan stok untuk haiwan kesayangan anda... :)

*Promosi hay pek mini bale 5kg telah pon TAMAT. Harga untuk hay bagi mini bale 5kg bermula dari 25hb Disember 2012 adalah RM45 termasuk pos. :)

Tuesday, December 11, 2012

PENGUMUMAN.........

Assalamualaikum w.b.t

Kepada pembaca serta peminat MOMs Agro, di sini MOMs nk info sedikit mengenai 2-3 hari sebelum ni,ada sedikit permasalahan berlaku pada MOMs....Henpon MOMs rosak gulap gulita...huhuhu
Bermula dr hari AHAD sehingga hari Selasa (11hb Dec) segala SMS yang MOMs terima langsung tak dapat baca...huhuhu..berbunyi je tp haram tak tau kt mana msg tu...
So MOMs nk bagitau,bukan MOMs taknak reply SMS dr kawan2 cuma MOMs taktau sms tu kt mana n dari sapa...Maafkan MOMs key...
Kepada mereka2 yang ada SMS MOMs, lau tak keberatan leh la SMS semula...hiihihihihih

Wasalam..... :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...