Tuesday, December 25, 2012

Penternakan Arnab Pedaging.

As-salam.....

Hari ni MOMs nk cite sket perihal arnab pedaging. Antara baka yg biasa digunakan di Malaysia adalah New Zealand White, Chincillas dan Flemish Giant. Baka2 ni memang terdapat di sini dan mudah untuk diperolehi. Kat bawah ni leh tengok rupa arnab tersebut.
 New Zealand White
 Flemish Giant
Chincilla

Dari pengalaman MOMs dalam menternak arnab pedaging untuk hasil daging, berat yang sesuai untuk penyembelihan(proses mengambil daging) adalah dlm lingkungan 2kg-2.5kg berat hidup dan jangkaan karkas(rangka tulang beserta daging tanpa kepala) adalah 1.2-1.4kg. Umur yang sesuai untuk pengambilan hasil adalah pada umur 4bulan bergantung kepada jenis baka,pembakaan. Pembakaan memainkan peranan penting dalam menghasilkan produk daging arnab. Pembiakkan perlu dititikberatkan untuk memastikan anak2 arnab tidak bantut serta berbadan besar.

Dari pengalaman MOMs, bagi mereka yg ingin menjadi backyard breeder, ada 3 hasil utama yg boleh diperolehi iaitu.
1. Hasil daging arnab
2. Hasil bulu arnab
3. Jualan anak arnab pedaging

Bagi permulaan, 6ekor betina dan 1ekor jantan sudah memadai untuk menghasilkan bilangan arnab 12-18ekor sebulan. Dengan harga market/orang tengah yang sedia ada, hasil bersih untuk seekor arnab dalam lingkungan RM15-RM30 seekor. Daging arnab juga boleh dijadikan pengganti kepada daging ayam untuk seisi keluarga..macam yg MOMs buat la,agak2 bosan makan ayam,sembelih arnab je...hihihihih

Harap dapat membantu serba sedikit info tentang permulaan penternakan ini....

1 comment:

  1. Salam MOM's.. Saya nak cari arnab pedaging untuk saje2 ternak.. Macam mom's bosan2 makan ayam, boleh sembelih arnab kan... Hehe boleh bagi info berapa harga sepasang dan mana nak dapat?? 0196679677 tk

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...