Monday, April 18, 2011

Alfalfa sebagai HAY...

HAY merupakan satu keadaan kering melibatkan tumbuhan rumput. Kebiasaannye rumput akan digelar hay apabia mencapai 80% kering atau 20% lembap. Rumput alfalfa juga tidak terkecuali dalam membentuk hay. Penanaman alfalfa merupakan satu jenis sumber pertanian yang pesat meningkat di negara-negara yang berjaya dalam penanaman rumput ini. Alfalfa ini dipasarkan samada di negera-negara pengeksport atau di negara-negara pengimport.

Rumput alfalfa ini akan dituai apabila sampai tahap matangnya samada dlm bentuk hay atau 'sprout'. Alfalfa yang siap dituai yang dibungkus dalam bentuk 'bale' digelar sebagai 'raw material' bahan mentah. 'Bale' tersebut biasanya dalam lingkungan berat 25-100kg berdasarkan permintaan pelanggan. Untuk tujuan eksport, 'bale' biasanya akan dikenakan tekanan 'compress' untuk memudahkan pengurusan kontena. Terdapat 3 jenis bales yang biasa dieksport oleh negara pengeluar.
1. Non-compress bale
2. Single compress bale
3. Double compress bale

Perlu diingat, urusan penghantaran rumput kering ini biasanya menggunakan pengangkutan laut yang lebih murah berbanding udara. Tempoh penghantaran ke negara pengimport mengambil masa 30-45hari. Negara pengimport akan menggunakan raw material ini untuk dijadikan pelbagai produk hiliran untuk dipasarkan di pasaran terbuka.

Negara pengeksport juga menggunakan rumput alfalfa ini sebagai bahan mentah untuk produk-produk hiliran mereka. Penghasilan secara kilang adalah lebih menjimatkan dan pengawalan mutu produk dapat dipantau sebaik mungkin. Pada kebiasaannya, produk hiliran dari negara-negara pengeksport adalah lebih bermutu pada zahirnya kerana bahan mentah yang digunakan adalah mencakupi 20% tahap kelembapan berbanding produk hiliran dari negara pengimport di mana tahap kelembapan bahan mentah boleh menurun sehingga 5% kelembapan. Oleh sedemikian, tidak hairan jika produk-produk hiliran dari negara pengeksport adalah lebih mahal dan lebih berkualiti.

Pemasaran alfalfa dalam bentuk 'sprout' akan dikupas pada masa akan datang....
sekian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...