Wednesday, January 23, 2013

Penjagaan Arnab bunting

Salam penternakan untuk semua....

Hari ni nak sentuh sket berkenaan aranb yang bunting dan penjagaan untuk arnab yang sedang menyusu. Acapkali juga MOMs menerima masalah2 berkenaan ibu-ibu arnab yang gagal menjaga anak2 arnab. Dari pengalaman MOMs, ada beberapa cara dan kaedah yang sesuai bagi mengelakkan permasalahan itu. Adakalanya menyelesaikan punca adalah terbaik.

1. Apabila arnab selesai mengawan.
    Arnab yang sudah mengawan hanya memerlukan 30-35hari untuk melahirkan anak2, pada waktu ini selera arnab agak meningkat untuk menampung kandungan perutnya. Pada tempoh ini, pemberian ALFALFA hay yang banyak amatlah ditekankan. Perlu diingat, pada waktu ini bukan satu perut yg nk dijaga ianya melibatkan perut2 tambahan yang ada dalam perut ibu tersebut. Alfalfa juga boleh membekalkan protein dan vitamin untuk ibu serta tumbesaran janin arnab (ye ke panggilan dia janin). Nutrisi yuang cukup boleh mengurangkan masalah anak2 yang kurang sempurna,tidak sihat. Pada pengalaman MOMs, waktu ini bekalan mmg disediakan secukupnya untuk memberikan diet yg cukup untuk ibu yg bunting. (waktu ni dh tk kira dah show ke gebus ke comel ke yang penting ibu tu cukop makan)

2. 28-30hr bunting
    Pada tempoh 28hari bunting, seeloknye disediakan bekas untuk beranak (Nestbox,bakul) yang sesuai. Pastikan kandang ibu bebas dari gangguan anasir luar ataupon arnab jantan. Berikan sedikit privasi untuk ibu tersebut.

3. Selesai ibu bunting beranak
   Pada hari pertama, dgn keadaan alfalfa hay berada didalam cage arnab.perhatikan keadaan kelahiran.. Adakah ibu beranak cabut bulu/buat sarang atau beranak tanpa membuat sarang/cabut bulu. Ini penting untuk memastikan tahap ibu tersebut. Bagi kes buat sarang, biasanya ibu sudah bersedia dengan kelahiran dan bakal menyusu anak-anaknya tanpa sebarang masalah. (MOMs gunakan pellet WABBIT untuk gantian alfalfa pd situasi ini)
 Jika ibu beranak tanpa buat sarang. Seeloknye dibekalkan sedikit daun GINSENG JAWA untuk menaikkan hormon ibu tersebut. Kaedah susuan manual juga boleh dijalankan 2kali sehari. Penggunaan susu gantian arnab tidak digalakkan kecuali menggunakan susu kambing asli.

Hasil dari pemantauan MOMs, ibu yang dibekalkan nutrisi yang lengkap semasa bunting bakal melahirkan anak2 yang cukop sifat n sempurna serta ibu yang handal menjaga anak.. :)

2 comments:

  1. Thanks atas tips.baru start bela arnab.hehe

    ReplyDelete
  2. Arnab sy bru branak n anak sume mati... Tggu yg lagi sekor... Sdih gile 7 ekor anak dea mati...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...